Thursday, October 8, 2009

Filem adalah Lelaki, mengikut konsep GAZE...???

Melihat kepada maksud Gaze itu sendiri ialah ia adalah satu terma yang menunjukkan konsep bagaimana penonton melihat sesuatu objek di dalam filem.

MALE GAZE
Lelaki yang mengawal segala – galanya. Melambangkan sifatsifat lelaki yang agung dan merendahrendahkan perempuan.Filemfilem menunjukkan konsep lelaki itu adalah gaze dalam filem dan filem itu menerapkan lelaki adalah gaze. Renungan lelaki sangat menyerap dalam pengiklanan dan boleh diandaikan atau diambil kesempatan.Lelaki memandang perempuan sebagai objek sex semata – mata.


Melihat kepada penulisan Laura Malvey dalam penulisannya berkaitan gaze, ia menggambarkan lelaki ini adalah boleh di anggap sebagai antagonis (threat by castration).

boleh di bahagikan kepada tiga iaitu :

1. Penggunaan psykoanalisis secara politikal dalam naratif filem.

a. Melihat kepada konsep pskoanalisis ialah sifat seseorang itu ialah tidak sebenarnya berlaku semulajadi. melihat kepada gaze ialah lelaki ini cuba mengelakkan diri dari terancam.Pengkajian selalu di khususkan kepada itu. tapi jika dilihat dari segi psikoanalisis yang dilihat dalam hasil penulisan Laura Malvey yang selalu mengaitkan sifat - sifat manusia ini bukan datang secara semulajadi. Ia banyak di pengaruhi oleh beberapa faktor seperti kehidupan dalam keluarganya sendiri. Perubahan sifat kepada penentangan dengan apa yang sedia ada, menjadikan ia sebagai sesuatu yang menyebabkan keluar satu tindakan yang menjadi sifat mereka.

1.Menggunakansubjek” yang menjadi pemikiran seorang spektator yang melibatkan lelaki.
2.Lelaki melambangkan theat of “castration”. Meningkatkan fikiran nafsu syahwat yang terlampau.
3.Objek (perempuan) di politikal dalam filem.



2. kepuasan dalam melihat dan ketaksuban(obses) dengan ciri kemanusiaan.

1.Naratif filem hanya melambangkan perempuan sebagai pemuas nafsu.
2.Mengajak lelaki untuk melihat keghairahan yang di tunjukkan dalam filem.
3.Memberi kepuasan kepada lelaki yang menjadikan mereka “pengintai

3. Perempuan sebagai objek tarikan dan lelaki sebagai sektator.

1.Gabungan spektator lelaki dan naratif filem membentuk konsep “gaze”.
2.Perempuan menjadi objek erotik dalam filem dan menjadi subjek kepada penonton yang melihat filem tersebut.
3.Pada sudut pengarah lelaki mengawal perjalanan cerita.

Ketiga -tiga bahagian di atas melambangkan apa itu gaze dalam melihat konsep naratif dalam filem. pengkajian tentang gaze banyak menghasilkan pelbagai andaian. Sehingga ada cetusan yang membuat feminism gaze. dalam hal ini pelbagai yang di buat bagi mengkaji aspek sebenar GAZE ini. secara tidak langsungnya, Gaze juga mempunyai dalam bentuk male dan female gaze.

Wednesday, October 7, 2009

2 HaTi 1 jIwA....???

Melihat filem 2 hati 1 jiwa membuatkan aku tertanya - tanya apakah pendapat orang ramai akan kehadiran filem ini di pasaran tidak lama lagi. Adakah ia dapat mengubah perspektif penonton terhadap filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen?

Aku pasti, akan begitu ramai orang akan memperkatakan tentang filem ini. Lebih -lebih lagi mereka yang sentiasa tidak suka ataupun yang sering mengkritik filem - filem Prof.

Filem ini memaparkan kisah pasangan kembar iaitu Lana dan Lina. Yang menjadi cerita agak menarik ialah mereka melekat di bahagian tangan dan kepala. Mungkin ini akan menjadi salah satu faktor daya tarikan orang ramai untuk melihat filem ini. Melodrama dalam filem ini, yang menunjukkan kehidupan mereka yang selama ini hanya duduk di rumah dan kehidupan mereka mula berubah apabila mereka di terima untuk memasuki Universiti.

Universiti?? Melihat kepada penggunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam filem ini ialah dapat menunjukkan bahawa UiTM merupakan salah satu universiti terbaik yang ada. Lalu ia akan menaikkan nama UiTM di persada serata tanah air.

Mendengar pula kata - kata Prof, semasa ia sedang di temuramah, dia memperkatakan bahawa dia membuat filem dengan melihat kehendak pasaran iaitu kehendak penonton. Cerita - cerita sebegini memang di kehendaki oleh setiap penonton di Malaysia. Lebih - lebih lagi sememangnya mereka yang meminati filem arahan Prof.

Aku dekat sini bukan nak mengkritik ataupun bukan nak mengagungkan juga filem ini. Tetapi aku yang dikatakan bakal mewarnai perfileman tanah air kita, aku menyokong filem ini yang dapat menunjukkan MALAYSIAnya. Aku merasakan, filem ini boleh menjadi salah satu filem terbaik yang di buat oleh Prof. Aku tahu, ramai yang akan mengatakan apa yang Prof buat sebenarnya dalam filem ini. aku pasti dapat melihat di mana - mana akan ada yang memperkatakan tentang filem ini. Mungkin ada yang positif dan mungkin ada yang negatif. Aku pasti 100% bahawa akan ada blogers, or pengguna - pengguna laman web yang lain akan menunjukkan reaksi mereka selepas menonton filem ini.

Aku agak tertarik dengan salah satu dialog yang di lafazkan dalam filem ini, yang bunyinya ala - ala begini..... "Buatlah filem yang penonton suka, dan bukannya filem syok sendiri"... Apa yang cuba disampaikan di situ....Fikirkan lah mereka yang mungkin terasa dan mungkin akan lebih mengkritik filem ini...............

Tuesday, October 6, 2009

PELUPA @ FILEM....??

Manusia ada salah dan silapnya.....

Manusia ada PELUPA.....

PELUPA apa yang perlu di ingat....

PELUPA akan apa yang perlu ada dalam melakukan sesuatu....

PELUPA akan sesuatu yang di buat ada sahaja yang memerhati.....

PELUPA @ filem.....pelbagai cara kritikan dan adakah kesedaran PELUPA ada pada kritikan.....

Mentafsir makssud manusia itu sendiri adalah lupa....yakni...PELUPA.......

Ramai yang lupa bahawa LUPA sentiasa ada dalam diri mereka....

Mereka lupa mereka juga sama dengan orang lain.....

Mereka lupa....jika mereka mengkritik...mereka juga akan di kritik....

Mereka lupa....jika mereka menentang....mereka juga akan di tentang....

Konsep LUPA tidak pernah hilang dari sesiapapun....

Menjadi LUPA seandainya....memakan semut??

Iakah??

Ramai yang LUPA bahawa filem banyak menunjukkan bahawa mereka PELUPA.....

Mereka memberi peluang orang mengkritik....

Tetapi mereka juga LUPA untuk menentang semula.....


Adakah kamu yang cuba mengkritik sesuatu sedar akan apa yang kamu kritik.....

dan adakah kamu lupa yang kamu mengkritik itu merupakan sesuatu yang membina....

dan adakah kamu lupa yang kamu seakan - akan mahu mereka mengikut caramu.....??

Wahai mereka yang lebih suka mengkritik......janganlah kamu LUPA bahawa kamu juga di kritik melalui satu cara berbeda.............??

dan aku tak akan LUPA....AKU JUGA PELUPA......

TeK-NiK SunTInGAn FiLEm - BlooD In BLooD Out.....

BLOOD IN BLOOD OUT

DIRECTOR : TAYLOR HACKFORD

EDITOR : SHELDON KAHN

Penyuntingan dalam filem dan video adalah amat penting kerana ia adalah proses terakhir bagi pembikinan sesebuah filem tersebut. Justeru itu, proses penyuntingan ataupun ‘editing’ perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan konsep penceritaan itu sampai. Penyuntingan atau ‘editing’ adalah satu proses mencantumkan shot-shot menjadi satu babak dan babak ke babak untuk menjadi satu cerita. Dengan melihat perjalanan cerita ini, konsep dan style yang digunakan ialah konsep realism, iaitu dengan tidak banyak menggunakan transition sebagai perubahan shot ke shot. Dalam kajian ini, filem yang di pilih untuk melihat corak penyuntingannya ialah filem ‘Blood In Blood Out” sebuah filem dari Mexico. Filem ini dikaji kerana penyuntingan yang dibuat dalam filem ini dapat menunjukkan perbezaan masa diantara zaman ke zaman. Secara amnya ia menggunakan konsep linear dan mengikut narrative filem.

Seperti pada permulaan cerita, teknik visual slow yang digunakan dalam ‘opening sequence’, ia seperti ingin menunjukkan bahawa perjalanan cerita ini kan bergerak secara linear dan akan menunjukkan latar belakang kehidupan orang-orang Mexico. Teknik editing secara fast cut juga digunakan pada permulaan cerita, dengan mengikut rentak lagu. Mengikut konsep ini, pada kajian yang dilakukan, ia mampu membawa penonton untuk merasai impak perjalanan cerita, dengan susunan visual mengikut konsep gambaran gambar ia seperti membawa maksud yang tersendiri.

Dari pergerakan cerita pula, filem ini menggunakan banyak konsep tidak menggunakan transition yang banyak. Pada kajian, ia dibuat bagi membawa penonton merasai situasi apa yang berlaku dalam filem tersebut. Seperti dalam babak di penjara, seperti yang di ketahui, dalam pengambaran shot ke shot tidak di buat serentak. Tetapi teknik ‘cut to’, memastikan ia dilihat seperti pada waktu yang sama, transition tidak di gunakan bagi membawa penonton merasai ia berlaku pada waktu sama. Pada waktu yang sama juga, banyak shot-shot yang digabungkan dengan meletakkan insert-insert gambaran suasana keadaan dalam filem tersebut. Seperti dalam keadaan semasa babak pesta dimana Cruz berjaya mendapat biasiswa, ada shot-shot insert di masukkan bagi menunjukkan keadaan yang meriah pada suasana pesta tersebut.

Dalam filem ini transition hanya digunakan bagi menunjukkan overlapping masa sahaja. Transition yang banyak digunakan ialah fade in fade out. Melihat pada perjalanan cerita ini, ia menunjukkan kehidupan anak muda sehingga mereka mencapai peringkat umur yang matang. Justeru itu, transition fade in fade out boleh menunjukkan perubahan waktu itu. Perubahan ynag waktu dan masa yang ditunjukkan ialah perubahan tahun dalam filem ini. Selain itu, bagi menunjukkan perubahan waktu ialah, penyunting meletakkan nama tempat dan tahun bagi menunjukkan perubahan waktu dan tempat.

Selain itu editing filem ini menjadi lebih menarik dengan memasukkan audio-audio berlatang belakang muzik Mexico. Dengan itu perjalanan filem ini dapat dirasai oleh penonton dan membawa penonton merasai kehidupan orang-orang Mexico. Muzik yang di masukkan memberi kesan kepada mood dalam filem ini. Tetapi setiap muzik tetap berlandaskan muzik ala Mexico. Dari sudut itu, muzik yang disunting dalam filem ini, berjaya dibuat oleh penyunting filem ini. Dengan teknik foley yang dimasukkan dengan tepat mengikut situasi filem dan ia memberi kesan kepada penonton bagi merasai kejadian yang berlaku dalam filem tersebut. Audio banyak membantu bagi membawa penonton untuk merasai suasana filem tersebut. Justeru itu, pemilihan lagu yang diletakkan dalam filem ini perlu di pastikan oleh editor bagi ia mampu memberi kesan yang mendalam dalam penceritaan cerita ini.

InSpiRasi AyAt-aYaT CinTA....??

TeAteR PenDek (ShoRt THeArTrE....??)
Hasil nukilanku ketika mambantu sahabatku yang inginkan sesuatu yang boleh di ikuti, maka lahirlah cinta agung : Inspirasi ayat - ayat cinta....

MONOLOG

MARIA, FAHRI, dan AISHA MASUK KE PENTAS DAN FAHRI BERDIRI DI TENGAH-TENGAH. MARIA KIRI DAN AISHA KANAN.

MARIA

Senangnya, jika kita dapat bertemu dengan jodoh. Tidak sabar kurasakan untuk ketemu jodoh yang di tentukan oleh Tuhan dari langit. Pasti, hatiku akan berkata syukur kepadaNya. Ibarat Nil dan Mesir yang diciptakan bersama.

FAHRI

Setiap orang memiliki jodohnya masing-masing. Bagaikan Nil dan Mesir. Tanpa Nil tidak terciptalah Mesir. Tanpa mesir, Nil juga tidak di kenali. Ia memerlukan satu sama lain. Jodoh itu hadir dari hati, bukan dari langit. Ia dekat sekali.

AISHA

Aku mengkagumi jodoh yang diketemukan denganku. Hatinya ikhlas, suci dan bersih. Alhamdulillah, syukurku kepadaNya kerana mempertemukan aku dengannya. Aku cintakan dia dan kerana cintaku pada dia suamiku, aku sanggup berkongsi kasihku dengan cinta pertamanya.

KAWASAN PENTAS MENJADI GELAP.

V/O SUARA LELAKI

Aku nikah akan dikau Fahri dengan Maria dengan mas kahwin sebanyak RM 100 tunai.

V/O FAHRI

Aku terima nikahnya, Maria dengan mas kahwin Rm 100 tunai.

PLOT

MARIA duduk di atas katil dan tiba-tiba keluar darah dari hidung. AISHA masuk kedalam bilik dan melihat MARIA termenung.

AISHA

Kenapa dengan kamu Maria?

MARIA

Entahlah Kak Aisha, rasa macam aku semakin jauh.

AISHA

Kenapa kamu cakap begitu Maria?

MARIA

Tidak ada apa-apa kak Aisha. Hmm dimana Fahri?

AISHA

Dia pergi beli makanan. Sebentar lagi pasti dia akan pulang. Hmm..sebentar ya Maria. Biar kak Aisha lihat Fahri diluar ya.

Maria melihat Aisha pergi.

MARIA

Ya allah, seandainya, ini saat aku akan kembali kepada mu, Aku bersyukur kepada mu kerana membenarkan aku hidup bersama dengan jodohku walaupun seketika. Mungkin ini, balasan kepadaku kerana menjadi penganggu kepada kehidupan Aisha dan Fahri.

MARIA baring menahan kesakitan.

FAHRI

Assalamualaikum..Maria.

MARIA senyap dan tidak menjawab. Fahri memandang Aisha. Mereka berdua kerisauan.

AISHA

Fahri?

FAHRI

Maria…maria…

MARIA

Fahri, kamu sudah pulang?

FAHRI

Ya Maria. Kenapa dengan kamu?

MARIA

Fahri,bolehkah kamu berjanji dengan ku?

FAHRI

Maria,

MARIA

Mahukah kau berjanji dengan ku Fahri?

FAHRI

Baiklah, apa dia yang kamu ingin cakapkan?

MARIA

Berjanji denganku yang kamu akan menjaga kak Aisha dengan baik.

FAHRI

Apa yang kamu cakapkan ni Maria?

MARIA

Berjanji denganku?

FAHRI

Baiklah aku berjanji.

MARIA

Kak Aisha, terima kasih kerana membenarkan diriku mendapat kasih daripada Fahri.

AISHA

Maria, apa yang kamu cakapkan ini. Maria.

MARIA hanya tersenyum.

MARIA

Aku rasa bersalah kepada kamu kak Aisha. Maafkan aku kak Aisha yang banyak menyusahkan hidup Kak Aisha.

AISHA

Maria, apa yang kamu cakapkan ini. Kak Aisha tidak pernah rasa kamu menyusahkan kakak.

FAHR

Maria, kamu dengar sini. Aku tidak akan mensia-siakamu berdua.

MARIA

Terima kasih fah…(batuk berdarah)

FAHRI

Astagfirullahalazim…doctor…

MARIA memegang tangan tangan fahri.

MARIA

Tidak perlu, Fahri..aku ok. Tidak perlu panggil doctor…Fahri aku belum sembahyang lagi. Mari sembahyang bersama dulu?

Fahri memandang Aisha. Aisha mengangguk sahaja. Mereka mengerjakan sembahyang sehingga habis. Selepas memberi salam, Aisha melihat Mria hanya terdiam kaku. Aisha pergi ke Maria. Maria telah menghembuskan nafas terakhir. Fahri memangku Maria sambil mengalirkan air mata. (keluar muzik sedih)

FAHRI

Maria….maria…maria!!!

AISHA pergi ke sudut tepi, sambil menangis.

-TAMAT-

TeKnIk CGI dalam LOTR........???

Dalam filem pada masa kini terdapat banyak filem yang menggunakan teknik CGI. Mereka menggunakan teknik ini bagi memberi kesan-kesan khas yang menarik bagi mencantikkan visual gambar filem tersebut. Selalunya di dalam filem, penggunaan teknik CGI bagi membantu dalam menghasilkan perjalanan cerita tersebut. The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring merupakan sebuah filem arahan Peter Jackson dan dilancarkan 19 Disember 2001 seluruh dunia (20 Disember di Malaysia) dengan tempoh jalan cerita selama 178 minit. Filem ini merupakan permulaan bagi trilogi filem dan mengisahkan pengembaraan dalam jilid pertama karangan J. R. R. Tolkien iaitu The Lord of the Rings. Lakon layar telah dikarang oleh Fran Walsh, Philippa Boyens dan Peter Jackson. Filem ini telah dilakukan pengambarannya di New Zealand serentak untuk dua sekuelnya juga dan jika dikumpulkan perbelanjaan bagi semua filem adalah AS$ 270 juta.

Dalam filem ini, banyak teknik-teknik kesan khas yang digunakan semasa penyuntingan filem ini agar ia mampu menjayakan dan merealisasikan kejayaan filem ini. The fellowship of the Ring banyak menggunakan kesan digital, praktikal dan solekan bagi seluruh filem. Perjalanan ceritanya kesemuanya terhasil melalui teknik CGI. Antara ilusi yang dipaparkan dalam hampir semua babak adalah skala ketinggian watak. Dalam filem ini, dapat dilihat bahawa proses penyuntingan melalui teknik CGI banyak membantu filem The lord of the ring ini.

Watak Frodo Bagins yang dilakonkan oleh Elijah Wood adalah ketinggiannya lebih kurang empat kaki sahaja. Tetapi ketinggian Elijah Wood sebenarnya adalah 5 kaki 6 inci iaitu 168 sentimeter. Banyak lagi yang digunakan untuk menampilkan suku hobbit watak yang kecil. Watak Gimli si kerdil yang dilakonkan secara serentak. Hal ini kerana pelakonnya Joh-Rhys Davies yang memainkan watak Gimli tersebut tidaklah begitu tinggi jika dibandingkan dengan pelakon Hobbits.

Dalam filem ini juga kaedah pendua skala besar dan kecil digunakan dalam babak-babak tertentu dalam filem ini. Ia dapat dilhat pada satu babak, iaitu ketika Frodo berlari di koridor Bag End, diikuti oleh Gandalf. Elijah Wood dan Ian McKellen dirakamkan pada waktu yang berlainan dan menggunakan skala yang berbeza untuk tempat tersebut. Semasa proses penyuntingan ia di cantumkan sehingga semasa babak itu seperti dilakonkan serentak. Terdapat juga cara yang lain untuk menunjukkan perbezaan ketinggian di antara hobbit apabila berinteraksi dengan Manusia dan Pari-pari. Agak mengejutkan bagi pembuat filem apabila kaedah melutut turut boleh digunakan sebagai kesan khas.

Bagi pertarungan dengan Sekutu Akhir dan pengikut Sauron ketika permulaan filem, sistem animasi CGI yang dikembangkan dipanggil Massive, dimajukan oleh Stephen Regelous yang membolehkan ribuan "watak" aimasi dalam program bertindak dengan bebas. Ini membantu merealisasikan ilusi bagi pertarungan tersebut. Setiap pertarungan semasa itu keseluruhannya banyak menggunakan teknik CGI. Bangunan yang dibuat sebenarnya hanyalah replika dan semasa peperangan itu pertembungan antara sekutu Akhir dan pengikut Sauron itu banyak teknik dan konsep komputer grafik.

Didalam filem ini juga teknik CGI telah banyak membantu dalam pembentukkan watak sampingan lain seperti Gimli, watak sekutu sauron yang ganas dan yang lain-lain. Tempat dimana menara Sauron itu berada juga telah menampakkan teknik CGI yang digunakan telah berjaya. Api-api yang digunakan dalam penyuntingan dimasukkan dalam filem dan ia menampak bahawa ketulenan api tersebut walaupun ia hanyalah super-imposed.

Dalam filem Lord of the ring ini juga walaupun suasana pada nampak seperti biasa tetapi ia tetap ada teknik CGI yang digunakan. Seperti teknik pendua skala itu yang seperti diterangkan pada awalnya tadi. Kesimpulannya keseluruhan filem The Lord Of The Ring menggunakakn teknik CGI bagi mencantikkan visualnya agar ia mencapai kehendak yang filem tersebut. CGI yang digunakan memberi impak yang hebat. Penggunaan seratu peratus teknik CGI dalam filem ini telah membantu filem The lord Of The Ring menerima beberapa anugerah. Pada tahun 2002, filem ini memenangi empat Anugerah Akademi dari 13 pencalonan. Antara Kategori yang dimenangi adalah Sinematografi Terbaik; dan Kesan Terbaik: Kesan Visual.

O-'PeNinG' SeqUEncE???

“Opening sequence (pembuka bicara)” ataupun montaj dalam sesebuah filem adalah untuk membawa penonton untuk merasai atau menjiwai filem tesebut. Opening Sequence juga adalah salah satu faktor ataupun elemen yang membolehkan penonton merasakan kemuncak filem tersebut. Ada sesetengah opening sequence dan montaj seseorang pengarah ada menggunakan babak dan ada sesetengah pengarah hanya menggunakan grafik ataupun menggunakan simbolik seperti menggunakan benda dan juga haiwan.. Ada yang menggunakan kedua-duanya. Selalunya montaj dapat memberi maksudnya yang tersendiri. Jika filem tersebut banyak menggunakan unsur bahaya ataupun kecemasan, montaj pertama boleh diletakkan api. Api menunjukkan bahaya dan menggunakan simbolik kenderaan menjadi sebuah kehidupan. Jika di gabungkan kedua-duanya ia akan menjadi maksud ketiga iaitu sebuah kehidupan yang bahaya. Oleh di sebabkan itu, montaj ini kebanyakkannya boleh membawa kepada berlainan maksud.

Melihat dari perkembangan filem, montaj ataupun opening sequence berubah-ubah mengikut peredaran. Pada peringkat terdahaulu, penggunaan montaj hanya dengan menggunakan satu skrin yang hitam dengan menonjolkan tulisan ataupun tajuk filem tersebut. Ada juga sesetengah pengarah yang menggunakan gambar dan tulisan sebagai “opening sequence” nya. Peringkat seterusnya pula opening sequence ini dibuat dengan menggunakan gambar bergerak dengan tajuknya menjadi kemuncak kepada opening sequence tersebut dan yang terakhir sekali, dengan menggunakn montaj iaitu animasi ataupun motion yang bergerak.

Sebagai contoh filem, Lost Highway (1996), pengarah David Lynch menggunakan opening sequence ataupun montaj dalam bentuk babak, dengan menunjukkan pemikiran seorang watak protagonist, yang di lakonkan oleh Bill Pullman, dengan cuba menunjukkan bahawa isterinya curang kepadanya.(Russell Evans, Practical DV Filmmaking, 2002) .

Beberapa plot juga di masukkan dalam babak tersebut dan muzik yang yang di gabungkan memberi impak kepada montaj tersebut. Justeru itu, montaj yang linear, membolehkan pengarah menunjukkan apa yang berlaku ataupun cerita dalam filem tersebut secara serentak dengan menggabungkan elemen dalam filem tersebut dan ia akan menjadi maksud yang tertentu.

BLEST....

FADE IN

1.INT. RUMAH – SIANG

MAK TEH, 66, berbaju kurung merah, sedang duduk diserambi rumah. Melihat sekeliling rumahnya yang tenang dan damai. Sesekali Mak Teh tersenyum. Melihat gambar yang di pegangnya.

MAK TEH (V/O)

Cinta...membawa kebahagiaan. Cinta itu indah. Ada kalanya cinta menjadi beban dan membawa kepada kehancuran.

2. INT. KELAS - SIANG

AQILA, 10, berambut panjang, agak tembam tetapi comel dan dikacau oleh beberapa budak kelas. Kelas bertambah kecoh dan bising. Dia tidak ambil peduli.Tiba-tiba suasana bising bertukar menjadi sunyi sepi.

ADAM, 11, berambut kerinting. Satu kelas ketawa pada Adam tetapi tidak Aqila. Adam selalu di ketawakan rakan-rakannya kerana dia berpakaian seperti seorang yang skema.

MAK TEH (V/O)

Hari yang dilalui terasa kosong tanpa cinta… Cinta itu umpama bintang, dimana terdapat berjuta-juta cinta diluar sana… Tetapi hanya satu cinta yang akan membuat mimpi menjadi kenyataan.

Aqila memandang Adam sampai adam duduk.

3.EXT. KAWASAN SEKOLAH – SIANG

Aqila sedang memandang Adam. Adam nampak malu dan lari kebelakang sekolah. Adam bersandar di dinding. Aqila mencari Adam disekitar kawasan sekolah. Aqila menyapa Adam dan mereka berborak. Mereka mesra.

MAK TEH (V/O)

Cinta adalah imbasan syurga. Si pecinta akan memikirkan perkara-perkara yang indah belaka sehingga dia alpa pada keindahan dunia nyata

4.INT. KELAS – SIANG

Adam termenung di dalam kelas. Kerusi Aqila kosong. Aqila tidak hadir ke sekolah.

MAK TEH (V/O)

Cinta itu racun yang sungguh berbisa kerana kita tidak nampak kesan diluarannya dan sangatlah pedih didalamnya… Cinta itu juga merupakan penawar bagi racun tersebut… Walaupun pedih ianya senang diubati dengan kehadirannya…

CIKGU ANI, mengajar di depan dengan bersungguh-sungguh. Adam masih mengelamun. Cikgu Ani menghentak meja Adam. Adam tersentak. Pelajar-pelajar ketawa. Adam termalu. Pemandangan dari tingkap, Adam masih termenung.

5.EXT. KAWASAN SEKOLAH – SIANG

Kerusi Aqila masih kosong. Close Up Adam termenung dan murung. Aqila masuk ke kelas. Adam meluru ke Aqila dan memeluk Aqila. Mereka tersipu malu, dan tergelak satu sama lain

MAK TEH (V/O)

Cinta itu seperti hati yang memerlukan degupan jantung. Hati tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran si jantung di sisinya.

6.EXT. JALAN RAYA – SIANG

ZIZAN, 22, menyandarkan diri didalam kereta berpakaian pejabat. Dia mengeluh dan memegang kepalanya. Diluar sana, tiba-tiba riuh dengan gelak tawa beberapa orang remaja lelaki dan perempuan. Mata Zizan tertumpu kepada Latifah, 19, tinggi, berambut pendek, cantik yang bergaya ala lelaki itu.

MAK TEH (V/O)

Terdapat kejutan pada setiap hari-hari yang berlalu.

7.EXT. GELANGGANG BOLA KERANJANG - SIANG

Zizan datang ke gelanggang bola keranjang lagi. LATIFAH, 19, nama panggilan Lat, tomboy tetapi cantik, berkulit saur matang, pandai bermain bola keranjang. Lat kurang menyenangi Zizan, kerana asyik melihatnya. Lat mula tertarik pada kehandalan Zizan bermain bola keranjang. Mereka mula bersahabat.

MONTAGE :

A. Zizan muncul di gelanggang bola keranjang.

B. Sekumpulan remaja sedang bermain bola keranjang.

C. Mata Zizan tertumpu kepada Latifah.

D. Zizan pergi ke arah mereka.

E. Zizan menunjukkan kehebatannya bermain bola keranjang.

F. Latifah tertarik dengan kehebatan Zizan. Mereka bersahabat.

G. Lagak kasar Latifah lama-lama bertukar menjadi seorang gadis yang sopan.

MAK TEH (V/O)

Cinta boleh membuatkan impian menjadi kenyataan. Cinta juga boleh membuatkan manusia itu berubah samada buruk menjadi baik. Baik menjadi lebih baik dan sebaliknya.

H. Latifah bersama Zizan.

I. Latifah dengan sopan berbaju kurung, berjalan bersam-sama Zizan.

8.EXT. RESTORAN – SIANG

Lat dan Zizan berada di dalam restoran. Makanan dihidangkan diatas meja. Zizan memegang tangan Lat. Lat terkejut dan menarik balik tangannya. Lat bangun dan meninggalkan Zizan. Zizan terpaku.

(flashback)

MONTAGE :

A. Latifah berjalan dengan seorang lelaki.

B. Latifah nampak lelaki itu dengan perempuan lain.

C. Latifah bergaduh dengan lelaki itu.

D. Latifah memotong rambutnya.

back to present day

Zizan terpaku.

MAK TEH (V/O)

Cinta adalah sesuatu yang gila. Manusia tidak dapat memikirkan sesuatu dengan waras.

8.EXT. MAJLIS PERKAHWINAN – PETANG

AZAM, 29, kacak, seperti mencari seseorang di tengah-tengah majlis perkahwinan. Matanya tertumpu pada seorang gadis tinggi lampai yang meliuk lentok tubuhnya, MELISA, 25, cantik. Azam mendekati gadis itu. Mereka berdua kelihatan mesra sekali.

MAK TEH (V/O)

Cinta itu semakin dicari semakin tidak ditemukan. Cinta adanya didalam lubuk hati. Ketika kita dapat menahan keinginan berlebihan akan cinta, maka yang didapatnya adalah kehampaan. Kita tidak boleh meletakkan hanya pada cinta, tetapi kita masih boleh menggunakannya sebagai perhiasan diri.

9.INT. HOTEL - SIANG

Adam dan Melisa keluar hotel. Mereka berpegangan tangan.

MAK TEH (V/O)

Tidak ada satu pun yang boleh didapati dengan sekelip mata, dan apa yang kita dapati tidak mungkin dapat dikembalikan. Waktu dan masa tidak dapat diputar belitkan. Terima cinta seadanya. Perkahwinan adalah kelanjutan cinta. Perkahwinan merupakan proses mendapatkan kesempatan, semasa kau mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada. Ketika kesempatan yang ingin kau dapatkan, maka sia-sialah waktumu untuk mendapatkan perkahwinan itu. Kerana kesempurnaan itu hampa adanya. Jangan mencari cinta walhal itu adalah hawa nafsu.

MONTAGE :

A. Azam mesra bersama Melisa

B. Medium shot Adam dan Melisa sedang senyum.

C. Tangan Melisa mengusap perutnya yang sedang mengandung.

10.INT. RUMAH – MALAM

MAK TEH, 66, berbaju kurung merah, selepas bersembahyang. Mak Teh sedang melipat kain sembahyangnya. Mak Teh tersenyum melihat kain pelikat arwah suaminya. Mak Teh mengambil gambar dan pergi ke serambi.

MAK TEH (V/O)

Cinta itu seperti hantu. Dimana semua orang tahu tentangnya serta tahu kewujudannya. Tetapi hanya segelintir sahaja yang dapat merasai dan mengertinya, apa itu cinta.Kasih sayang tidak pernah kekal. Cinta itu tidak pernah abadi. Hanya selaut kerinduan yang sering menyapa, membisikkan irama syahdu.

Mak Teh dengan wajah tenang, duduk di serambi sambil memgang gambar dan melihat ke langit dia terus memandang ke kamera dan berkata

MAK TEH

Cinta merupakan suatu perasaan yang bahagia jika kita betul-betul mengetahuinya. Cinta sesama manusia tidak pernah kekal. Cinta yang agung serta utuh adalah cinta hanya untuk-Nya.

Kamera terus memfokuskan bingkai gambar. Dia bahagia duduk bersebelahan dengan suami, Adam, Latifah dan Azam.

FADE OUT

TAMAT

Monday, October 5, 2009

Filem Melayu?

Melihat kepada tajuknya sahaja kita sudah tahu bahawa filem melayu terkenal dengan penceritaannya tersendiri., Konsepnya, dan cara filem melayu itu di sampaikan.

Tetapi adakah kita betul - betul faham apa itu filem melayu? Bolehkah filem - filem melayu ini di angkat sebagai filem national kita?

Melihat kepada konsep - konsep filem melayu yang di sampaikan oleh beberapa pengarah kita di Malaysia yang telah mencipta namanya di persada perfileman tanah air, ia terlalu meluas. Bukan hendak menyebelahi sesiapa, tetapi kalau kita melihat betapa payahnya filem - filem melayu kita hendak meletakkan 'diri' mereka sebaris dengan filem - filem yang datang dari antarabngsa? Boleh ke?

Jawabkan untuk saya?

Filem melayu telah berkembang sejak dari mula ia di perkenalkan di tanah air kita sejak Filem Laila Majnun yang menjadi filem Melayu pertama ditayangkan di Tanah Melayu. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India pada tahun 1933.

Lihat sendiri, siapa pengarahnya ketika itu? Adakah orang melayu?
Tidak Bukan? Jadi salahkah 'dia' yang bukan berketurunan melayu membuat cerita melayu?
'Dia' sering di caci dengan filem yang dihasilkannya? Pernahkah kita melihat betapa payahnya 'dia' ingin membuat filem tersebut?

Jika kita sering mengutuk filem - filem melayu yang cuba diangkat, bagaimana filem melayu itu hendak maju?

Justeru itu fahamilah dahulu apa itu filem MELAYU...........

Long time no see....

Dah lama aku tak tulis blog, so insyaallah aku akan mulakan semula blog aku....
Untuk permulaan, Hari ini dekat fakulti akan di adakan satu dialog berkaitan Blog + Book = Blook.

Apa kah ia?
Satu fenomena baru?
Adakah ia akan menjadi salah satu new media yang terbaik dalam zaman sekarag?
Adakah ia juga boleh di kategorikan salah satu art atau seni yang akan menjadi ikutan kepada semua pengguna blog?

Untuk mendapat kan kepastiannya.....jangan terlepas peluang untuk menghadiri dialog khas

BLOG + BOOK = BLOOK

5 Oktober 2009
8.30 pm - 10.30 pm
Studio Pancha Delima, Puncak Perdana
Shah Alam........

Monday, March 23, 2009

GENG : PENGEMBARAAN BERMULA

Cerita animasi Malaysia yang boleh dikatakan terbaik pada abad ini. Sekumpulan anak muda yang melahirkan sebuah filem animasi 3d pertama Malaysia yang berjaya menarik minat penonton dari yang kecil hingga yang dewasa. Konsep cerita yang simple tetapi penggunaan setiap watak yang di reka dalam cerita ini memberi impak kepada penonton dari kecil hingga dewasa. Penggunaan watak Upin Ipin yang sememangnya sudah popular dan dikenali oleh semua golongan masyarakat memberi impak yang besar lagi pada cerita GENG ini. dengan popular dengan trademark 'betul,betul,betul' memberi ingatan yang tinggi terhadap watak animasi Upin dan Ipin ini. konsep cerita GENG memang sesuai untuk semua. seperti ia tetap ada kelemahan, pada pendapat saya la, pergerakan animasinya masih belum smooth lagi. Mungkin kerajaan kita patut membantu bagi memajukan animasi Malaysia. Sebab ia memang perlukan tenaga pakar bagi menjayakan filem ini. sebab pada saya filem ini melambangkan Malaysia yang mempunyai banyak kaum. melayu, india , cina, singh dan banyak lagi. pada saya kita sekarang sudah perlu ada dana bagi animasi di malaysia. =adios=

FILEM KITA

Kemana pergi filem kita? Kemana Hala tuju filem kita? Melihat kepada filem -filem antarabangsa yang masuk ke negara kita boleh dikatakan 2 kaliganda hebatnya berbanding filem - filem negara kita. Sekarang sahaja kita lihat filem seperti Marley & Me, DragonballEvolution, Street Fighter, Underworld dan lain - lain lagi, kesemuanya mempunyai kualiti tersendiri dan mendapat tempat dihati penonton kita. Boleh dilihat melalui rating filem di Malaysia, filem - filem kita jauh kebelakang. Cuma kini dapat dilihat Geng iaitu sebuah filem animasi yang mampu bersaing dengan filem - filem antarabangsa. tapi itu hanya pasaran tempatan. mungkin penonton di Malaysia mahu kualiti filem di Malaysia mampu bersaing dengan filem antarabangsa. Tapi bagaimana? Filem - filem antarabangsa mempunyai budget yang besar. Tetapi filem kita? kebanyakkan penerbit filem kita tidak berani mengeluarkan budget mereka kerana pasaran filem tempatan kita amat rendah. Jadi bagaimana penerbit kita beranai untuk mengeluarkan budget yang besar bagi memberi kualiti kepaada filem kita. tapi bagaimana untuk menarik penonton kita pergi ke wayang untuk menonton filem kita? adakah talentime mampu memberi impak kepada penonton di Malaysia? Kita tunggu dan lihat.

Friday, March 13, 2009

MARLEY & ME

Sekarang dapat dilihat pelbagai filem yang terbaru di tayangkan di pawagam, dan semalam saya pergi menonton filem Marley & Me. Filem ini mengisahkan john Grogan yang membela seekor anjing iaitu marley dari kecil sehingga ia besar dan mati. Melihat kepada konsep penceritaan, ia seperti biasa sahaja iaitu mengisahkan bagaimana kehidupan anjing itu dan tuannya. Tetapi pengarahnya iaitu David frankel berjaya membawa kelainan sedikit berbanding filem yang mengisahkan haiwan perliharaan. Kalau dilihat dari segi teori, David berjaya membuat Marley, sebagai pembawa penceritaan. Melihat kepada detik - detik istimewa dalam filem ini ia bagaikan membawa penonton untuk menyelami kehidupan Marley dan family grogan. Pada pendapat saya plot yang digunakan juga amat berkesan dimana konsep kekeluargaan yang dihadapi mereka, bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut dan kisah John Grogan itu sendiri. Kalau dilihat dari segi shot - shot dalam filem ini, shot yang digunakan agak menarik. Shot - shot yang digunakan banyak memberi maksudnya tersendiri. Shot yang digunakan banyak membawa penonton untuk menyelami persekitaran kawasan lokasi yang digunakan dalam filem ini. pada saya filem ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Filem ini memang sesuai untuk ditonton oleh semua golongan. Konsep kekeluargaan yang amat kuat dalam filem ini memberi maksud yang mendalam kepada setiap penonton yang menonton filem ini. ADIOS....

Wednesday, March 11, 2009

FILM SKRIP 7707

Filem ini mengisahkan seorang pengarah yang ingin membuat cerita hantu. Dia tidak dapat mencari skrip.  yang sesuai untuk dia filemkan. Lalu dia mengeluarkan iklan kepada sesiapa yang ada cerita pasal hantu untuk menceritakan kepadanya. selepas itu dia mengadakan perjumpaan dengan 7 orang berbeza. Selepas itu bermula penceritaan filem itu.
pada pendapat saya pada kali ini, filem arahan Prof Madya A Razak Mohaideen kali ini agak menarik berbanding filem seramnya terdahulu. pada kali konsep yang di gunakan agak menarik. cerita hantu yang pelbagai memberi impak kepada penontonnya. filem kali ini agak berkualiti berbanding ceritanya terdahulu. teknik pencahayaan yang digunakan juga agak menarik. Ia mampu melambangkan keadaan sebenarnya cerita - cerita seram.  teknik sinematografinya juga agak menarik. Shot - shot yang digunakan juga yang pelbagai memberi impak yang berkesan dalam memastikan konsep cerita itu sampai. Pada pendapat saya, Skrip 7707 mampu mencapai kutipan box office. hal ini kerana ia adalah salah satu konsep yang berlainan dari filem seram yang lain. Adios.....

Tuesday, March 10, 2009

TALEnTIME

Hari merupakan hari promosi filem bagi fakulti teknologi kreatif dan artistik. filem hari ialah filem Talentime arahan Yasmin Ahmad. Filem ini akan bermula di tayangkan di pawagam pada 26 mac ini. Pada pendapat saya, filem ini merupakan salah satu filem tempatan yang mampu bersaing dengan filem antarabangsa. Talentime banyak memaparkan kehidupan masyarakat pada masa kini. Filem ini wajar di tonton oleh semua masyarakat kerana ia memaparkan tiga kisah kaum yang ada di Malaysia. Walaupunbagaimanapun konsep yang digunakan oleh Yasmin Ahmad kali ini tidak banyak bezanya dengan filem-filem sebelumnya. Yasmin masih menggunakan konsep realism bagi memaparkan perjalanan filem ini. Apa yang menjadi kekuatan bagi filem ini ialah perjalanan ceritanya yang memaparkan lumrah kehidupan manusia. Kisah-kisah kekeluargaan yang di selitkan dalam filem ini banyak memaparkan kisah kehidupan manusia. Walaupun begitu, Yasmin masih manggunakan konsep percintaan anatara kaum yang berlainan. Seperti filem sebelumnya iaitu filem sepet dan gubra, percintaan antara kaum melayu dan cina. dan kali ini dalam talentime ia menunjukkan kisah percintaan antara kaum india dan melayu yang berketurunan inggeris. Saya mengatakan konsep cerita ini menarik kerana Yasmin mampu membawa penonton untuk menjiwai semua watak yang ada dalam filem talentime ini. sperti watak Hafiz yang menggunakan Ibunya yang sakit sebagai inspirasi kepad beliau. Kekuatan filem ini juga terletak pada skripnya. Yasmin memang bijak menggunakan tiga bahasa bagi menggabungkan konsep perjalanan cerita beliau. walaupun begitu ia nampak begitu menarik. Kalau dilihat dari segi shot - shot dalam filem ini tidak banyak bezanya dengan filem - filemnya yang lepas. filem talentime merupakan salah karya terbaik Yasmin Ahmad yang saya pernah tengok selepas filem - filemnya terdahulu.