Friday, March 13, 2009

MARLEY & ME

Sekarang dapat dilihat pelbagai filem yang terbaru di tayangkan di pawagam, dan semalam saya pergi menonton filem Marley & Me. Filem ini mengisahkan john Grogan yang membela seekor anjing iaitu marley dari kecil sehingga ia besar dan mati. Melihat kepada konsep penceritaan, ia seperti biasa sahaja iaitu mengisahkan bagaimana kehidupan anjing itu dan tuannya. Tetapi pengarahnya iaitu David frankel berjaya membawa kelainan sedikit berbanding filem yang mengisahkan haiwan perliharaan. Kalau dilihat dari segi teori, David berjaya membuat Marley, sebagai pembawa penceritaan. Melihat kepada detik - detik istimewa dalam filem ini ia bagaikan membawa penonton untuk menyelami kehidupan Marley dan family grogan. Pada pendapat saya plot yang digunakan juga amat berkesan dimana konsep kekeluargaan yang dihadapi mereka, bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut dan kisah John Grogan itu sendiri. Kalau dilihat dari segi shot - shot dalam filem ini, shot yang digunakan agak menarik. Shot - shot yang digunakan banyak memberi maksudnya tersendiri. Shot yang digunakan banyak membawa penonton untuk menyelami persekitaran kawasan lokasi yang digunakan dalam filem ini. pada saya filem ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Filem ini memang sesuai untuk ditonton oleh semua golongan. Konsep kekeluargaan yang amat kuat dalam filem ini memberi maksud yang mendalam kepada setiap penonton yang menonton filem ini. ADIOS....

1 comment:

  1. aku rase tak perlu pon kau tulis sejarah kau bercinta atau zaman sampah kau dulu kt blog aku. buat buruk blog aku je. kau da dapat dye kan? ambil la. betulkan la dye sebetul mana yang kau nak. aku dah tawar hati dah. takde benda yang aku nk sesalkan. tapi kau ingt, kalau dye bole buat macam tu kat aku. tak mustahil dye boleh buat kat kau bukan?
    kau da matang. boleh pikir.aku tak mengharap ape ape dari kau. satu je, aku harap kau tak mengharap ape ape kt aku. terime kasih

    ReplyDelete