Tuesday, October 6, 2009

TeKnIk CGI dalam LOTR........???

Dalam filem pada masa kini terdapat banyak filem yang menggunakan teknik CGI. Mereka menggunakan teknik ini bagi memberi kesan-kesan khas yang menarik bagi mencantikkan visual gambar filem tersebut. Selalunya di dalam filem, penggunaan teknik CGI bagi membantu dalam menghasilkan perjalanan cerita tersebut. The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring merupakan sebuah filem arahan Peter Jackson dan dilancarkan 19 Disember 2001 seluruh dunia (20 Disember di Malaysia) dengan tempoh jalan cerita selama 178 minit. Filem ini merupakan permulaan bagi trilogi filem dan mengisahkan pengembaraan dalam jilid pertama karangan J. R. R. Tolkien iaitu The Lord of the Rings. Lakon layar telah dikarang oleh Fran Walsh, Philippa Boyens dan Peter Jackson. Filem ini telah dilakukan pengambarannya di New Zealand serentak untuk dua sekuelnya juga dan jika dikumpulkan perbelanjaan bagi semua filem adalah AS$ 270 juta.

Dalam filem ini, banyak teknik-teknik kesan khas yang digunakan semasa penyuntingan filem ini agar ia mampu menjayakan dan merealisasikan kejayaan filem ini. The fellowship of the Ring banyak menggunakan kesan digital, praktikal dan solekan bagi seluruh filem. Perjalanan ceritanya kesemuanya terhasil melalui teknik CGI. Antara ilusi yang dipaparkan dalam hampir semua babak adalah skala ketinggian watak. Dalam filem ini, dapat dilihat bahawa proses penyuntingan melalui teknik CGI banyak membantu filem The lord of the ring ini.

Watak Frodo Bagins yang dilakonkan oleh Elijah Wood adalah ketinggiannya lebih kurang empat kaki sahaja. Tetapi ketinggian Elijah Wood sebenarnya adalah 5 kaki 6 inci iaitu 168 sentimeter. Banyak lagi yang digunakan untuk menampilkan suku hobbit watak yang kecil. Watak Gimli si kerdil yang dilakonkan secara serentak. Hal ini kerana pelakonnya Joh-Rhys Davies yang memainkan watak Gimli tersebut tidaklah begitu tinggi jika dibandingkan dengan pelakon Hobbits.

Dalam filem ini juga kaedah pendua skala besar dan kecil digunakan dalam babak-babak tertentu dalam filem ini. Ia dapat dilhat pada satu babak, iaitu ketika Frodo berlari di koridor Bag End, diikuti oleh Gandalf. Elijah Wood dan Ian McKellen dirakamkan pada waktu yang berlainan dan menggunakan skala yang berbeza untuk tempat tersebut. Semasa proses penyuntingan ia di cantumkan sehingga semasa babak itu seperti dilakonkan serentak. Terdapat juga cara yang lain untuk menunjukkan perbezaan ketinggian di antara hobbit apabila berinteraksi dengan Manusia dan Pari-pari. Agak mengejutkan bagi pembuat filem apabila kaedah melutut turut boleh digunakan sebagai kesan khas.

Bagi pertarungan dengan Sekutu Akhir dan pengikut Sauron ketika permulaan filem, sistem animasi CGI yang dikembangkan dipanggil Massive, dimajukan oleh Stephen Regelous yang membolehkan ribuan "watak" aimasi dalam program bertindak dengan bebas. Ini membantu merealisasikan ilusi bagi pertarungan tersebut. Setiap pertarungan semasa itu keseluruhannya banyak menggunakan teknik CGI. Bangunan yang dibuat sebenarnya hanyalah replika dan semasa peperangan itu pertembungan antara sekutu Akhir dan pengikut Sauron itu banyak teknik dan konsep komputer grafik.

Didalam filem ini juga teknik CGI telah banyak membantu dalam pembentukkan watak sampingan lain seperti Gimli, watak sekutu sauron yang ganas dan yang lain-lain. Tempat dimana menara Sauron itu berada juga telah menampakkan teknik CGI yang digunakan telah berjaya. Api-api yang digunakan dalam penyuntingan dimasukkan dalam filem dan ia menampak bahawa ketulenan api tersebut walaupun ia hanyalah super-imposed.

Dalam filem Lord of the ring ini juga walaupun suasana pada nampak seperti biasa tetapi ia tetap ada teknik CGI yang digunakan. Seperti teknik pendua skala itu yang seperti diterangkan pada awalnya tadi. Kesimpulannya keseluruhan filem The Lord Of The Ring menggunakakn teknik CGI bagi mencantikkan visualnya agar ia mencapai kehendak yang filem tersebut. CGI yang digunakan memberi impak yang hebat. Penggunaan seratu peratus teknik CGI dalam filem ini telah membantu filem The lord Of The Ring menerima beberapa anugerah. Pada tahun 2002, filem ini memenangi empat Anugerah Akademi dari 13 pencalonan. Antara Kategori yang dimenangi adalah Sinematografi Terbaik; dan Kesan Terbaik: Kesan Visual.

No comments:

Post a Comment