Wednesday, March 21, 2012

DUNIA FILEM DAN PRODUKSI MALAYSIA

Bila mengenangkan nasib filem malaysia tidak kisahlah filem melayu, cina ataupun india masih lagi jauh ketinggalan di belakang. Lihat sahaja filem melayu kita yang memegang 100% industri filem di Malaysia pun masih jauh kebelakang. memang kita boleh membanggakan filem Merong Mahawangsa tetapi tetap masih tidak menandingi filem luar negara yang lebih maju.

Bagaimana hendak melihat sebuah filem yang bagus. sebagai penggiat filem pun aku masih rase yang masih terlalu sukar untuk aku melihat apa yang sebenarnye hendak dilihat oleh penonton di malaysia. Filem bagus seperti "BUNOHAN' yang dikatakan hebat dari segi penceritaan, komposisi kamera, penuh dengan gaya estetik, penggunaan warna yang bagus. Tetapi gampang tetap di tolak oleh penonton Malaysia. jadi aku menjadi takut untuk membuat sebuah filem yang bagus dari segi bahasa filemnya. Mungkin Filem BUNOHAN hanya layak di tayangkan di luar negara, bukan di malaysia. dan layak ditonton oleh penggiat filem yang benar2 tahu apa itu bahasa filem. bukan penggiat filem yang hanya tau dunia filem ini tempat untuk bersuka ria sahaja.

Dunia Produksi yang aku tak paham ape sebenarnye yang betul - betul layak ade dalam dunia produksi.
Baru sahaja tadi aku berborak dengan seorang yang mahu berjinak ke dalam dunia perfileman tak kisahlah produksi ni. perempuan. biasela kalau perempuan ade dekat set dilayan macam minyak yang penuh. aku mengakui aku sendiri akan terpandang perempuan-perempuan extra nie. tapi tak delah sampai kalau kau tak dilayan kau nak kate dorg sombong. Maksudnya kalau kena masuk produksi, yang perempuan nie kena layan semua lelaki. Lagi satu dah la tak dilayan, pas tu kau canang kat sume org yang perempuan tu sombong.

Sedarlah wahai penggiat produksi. kerja kamu tu halal. jangan dirosakkan dengan perangai Gampang kamu.

HAHAHA

Tuesday, October 18, 2011

AKU SAIFULLAH KHAISAS

AKU SAIFULLAH KHAISAS

Merentasi naluri aku sebagai seorang penggiat seni filem menjadikan aku terus berusaha untuk mencapai apa yang menjadi impian aku selama ini. Permulaan pertama aku menceburkan diri dalam dunia ini adalah sekitar 2002. Dimana aku telah terlibat didalam satu babak majlis perkahwinan dalam filem Mr Cinderella arahan Ahmad Idham sebagai extra. Di situ aku telah melihat dan membuka mata aku pelbagai perkara perlu di ambil kira dalam membuat sesuatu penggambaran. Secara amnya kerja itu senang jika ia dirancang dengan betul. Tetapi sekiranya ia tidak dirancang nescaya perkara itu akan menjadi sukar. Melihat kejayaan mereka menjalankan penggambaran tersebut membuat aku yakin yang industri perfileman negara kita mampu membawa kepada perubahan dalam hidup aku.
Aku memulakan pncarian bagaimana hendak memasuki dunia itu. Pelbagai liku yang aku tempuhi. Pelbagai jalan telah aku mulakan. Sehingga pada tahun 2003 aku cuba menceburi dalam dunia seni persembahan. Bermula sebagai penari jalanan yang di panggil ‘B-Boy’ walaupun hanya singkat aku aku terus dilamar untuk menyertai kumpulan seni budaya di Taman Budaya pada tahun 2005. Sebagai penari dan seorang pelakon teater. Disitu aku banyak mempelajari dunia seni persembahan ini.
Akhirnya, saat yang aku tunggu-tunggu telah tiba, dimana ketika membuka sepucuk surat mengatakan aku telah di terima untuk di temuduga dalam menyambung pelajaran ku di bawah kos seni persembahan, seni layar. Saat yang di natikan telah tiba di mana aku berjaya mengorak langkah seterusnya dalam mencari peluang untuk menyertai dunia seni filem. Semasa sesi temuduga, aku melihat seorang pengarah filem yang sangat popular ketika itu merupakan pensyarah yang akan mengajarku sekiranya aku berjaya melepasi tahap temuduga tersebut. Berdebar-debar juga aku ketika itu. Tetapi dengan semangat aku menguatkan jiwaku untuk menghadapi temuduga tersebut. Alhamdulillah, akhirnya aku menerima sepucuk surat sekali lagi dan mengatakan yang aku akhirnya berjaya terpilih untuk menyambung pengajian diploma di bawah kos seni persembahan, seni layar.
Disitu aku mula mengenali kehidupan dunia perfileman. Dari yang asas sehingga yang lebih mendalam. Pelbagai perkara yang telah aku tempuhi. Sehingga satu tahap semasa aku menjalani latihan amali di sebuah syarikat produksi aku menjadi pembantu pengurus produksi untuk sebuah rancangan televisyen. Tetapi hanya sekejap aku mempelajarinya. Walaupun begitu, begitu ramai yang orang yang sudah lama dalam industri ini aku kenal. Semasa di semester akhir, aku banyak di panggil untuk mengikuti penggambaran, sebagai krew mahupun sebagai pelakon extra dan pelakon pembantu. Disitu aku mula mengorak langkah, dan akhirnya aku di panggil oleh sebuah produksi yang agak terkenal iaitu Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd, sebagai continuity sebuah drama episod iaitu Otai The Series. Di situ bakat aku telah di hidu oleh Pengarah dan juga pensyarah aku iaitu Prof Madya A. Razak Mohaideen untuk mengangkat aku sebagai penolong pengarah 2 untuk filemya 4 Madu. Dan akhirnya aku mula menjadi Penolong Pengarah 1 dalam filem arahan beliau iaitu Ratu The Movie, Raya Tak Jadi, Bujang Telajak dan sebuah telemovie berbahasa Cina, “Murmuration of Starlings” sebagai penolong pengarah dan juga Pengurus Produksi.
Dan kini aku telah mencapai satu tahap lagi, iaitu menjadi penolong pengarah kepada seorang Pengarah sensasi iaitu Mamat Khalid untuk filemnya. Aku berasa penuh teruja sekiranya aku berjaya bekerja di bawah abang Mamat. Sesiapa sahaja mahukan bekerja dibawah beliau. Dan kini aku akan memulakan perjalanan aku sekali lagi dan akan terus ingin mencapai hajatku untuk mengarah filem suatu hari nanti InsyaAllah. Perjalanan itu akan bermula sekiranya Mimpi Revalina dan Qaseh Rona berjaya di jalankan InsyaAllah.
Aku menulis naskhah ini ketika aku keseorangan di Restoran Ali Maju, di Sri Rampai. Dengan hiruk pikuk pelanggannya, mendatangkan idea buat ku untuk menulis sesuatu tentang diriku. InsyaAllah impian aku tercapai. Amin.

Saturday, June 18, 2011

APOKALIP X


Aku menjadi bangga apabila aku terjumpa sesuatu yang membuat aku terkejut. Korang tgk link ni...korang akan terkejut ....

http://www.masalladeorion.es/2011/06/teaser-de-apokalips-x.html

Alhamdulillah, nama seorang anak Malaysia telah menjadikan buah mulut sehingga ke merata negara lain.

Apokaips X, aku boleh katakan Masterpiece seterusnya dari seorang pengarah terkenal Mamat Khalid.

MENCARI SEBUAH “MASTER PIECE”

Aku sekarang berada jauh dari rumah aku. Aku sedang memulakan sesuatu yang mungkin akan membuatkan aku dapat mencari sebuah yang orang akan kata itu “MASTERPIECE” aku. Mungkin saat itu akan muncul. Entah siapa akan tahu. Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat dalam semester 4 tu, buat aku jadi lagi lebih bersemangat untuk mencapai sesuatu tahap yang ingin aku capai. Mungkin saat itu akan muncul. Tahu ke apa yang ingin aku capai?? Aku ingin menjadi salah seorang pengarah filem yang berkaliber dalam menghasilkan filemnya.

Aku tahu ramai yang mahu menjadi seorang pengarah, dan tidak mudah menjadi seorang pengarah. Menjadi seorang pengarah, kita perlukan motivasi yang tinggi untuk mencapai tahap sekarang di miliki seperti pengarah terkenal dan juga box office. Seperti Mamat Khalid, Ahmad Idham, Prof Madya A razak Mohaideen, Afdlin Shauki dan banyak lagi nama-nama pengarah yang meningkat naik sekarang ini.
Sehingga pada satu tahap, aku menjadi takut sekiranya ada orang yang akan menyamakan aku seperti salah seorang pengarah – pengarah tersohor ini. Aku mahu mencari identiti filem aku tersendiri. Tapi untuk mencapai itu adalah amat sukar dengan saingan yang ada dalam industri ini. Walaupun dapat di ketahui bahawa industri ini bukan salah satu industri yang di sokong oleh seruan kerajaan, walaupun kerja kami merupakan salah satu kerja profesional dan walaupun industri ini mempunyai dananya tersendiri adalah amat sukar untuk mencapai tahap itu.

Jika ada pula penerbit-penerbit filem ini hanya mahu mengaut keuntungan dan menumpang populariti pangarah itu sahaja. Memang semua yang mahu bekerja dalam industri untuk mencari sumber kewangan dan juga mahu menjadi KAYA, tak di nafikan semua itu. Tapi selagi ada golongan yang masih mahu menjadi seperti golongan yang hanya mangaut keuntungan, susah industri kami ingin berjaya.

Itulah yang merisaukan aku untuk mencapai hajat aku dan mengeluarkan sebuah MASTERPIECE. Saat itu akan nantikan, dan kini mungkin aku sedang menuju ke tahap itu...tapi entahlah..adakah esok?? Adakah minggu depan?? Sebulan lagi?? Setahun...5 tahun ataupun sepuluh tahun lagi...entahlah..hanya aku yang perlu mengejarnya... INSYAALLAH.

Saturday, June 4, 2011

AKU SAIFULLAH KHAISAS

AKU SAIFULLAH KHAISAS

Merentasi naluri aku sebagai seorang penggiat seni filem menjadikan aku terus berusaha untuk mencapai apa yang menjadi impian aku selama ini. Permulaan pertama aku menceburkan diri dalam dunia ini adalah sekitar 2002. Dimana aku telah terlibat didalam satu babak majlis perkahwinan dalam filem Mr Cinderella arahan Ahmad Idham sebagai extra. Di situ aku telah melihat dan membuka mata aku pelbagai perkara perlu di ambil kira dalam membuat sesuatu penggambaran. Secara amnya kerja itu senang jika ia dirancang dengan betul. Tetapi sekiranya ia tidak dirancang nescaya perkara itu akan menjadi sukar. Melihat kejayaan mereka menjalankan penggambaran tersebut membuat aku yakin yang industri perfileman negara kita mampu membawa kepada perubahan dalam hidup aku.
Aku memulakan pncarian bagaimana hendak memasuki dunia itu. Pelbagai liku yang aku tempuhi. Pelbagai jalan telah aku mulakan. Sehingga pada tahun 2003 aku cuba menceburi dalam dunia seni persembahan. Bermula sebagai penari jalanan yang di panggil ‘B-Boy’ walaupun hanya singkat aku aku terus dilamar untuk menyertai kumpulan seni budaya di Taman Budaya pada tahun 2005. Sebagai penari dan seorang pelakon teater. Disitu aku banyak mempelajari dunia seni persembahan ini.
Akhirnya, saat yang aku tunggu-tunggu telah tiba, dimana ketika membuka sepucuk surat mengatakan aku telah di terima untuk di temuduga dalam menyambung pelajaran ku di bawah kos seni persembahan, seni layar. Saat yang di natikan telah tiba di mana aku berjaya mengorak langkah seterusnya dalam mencari peluang untuk menyertai dunia seni filem. Semasa sesi temuduga, aku melihat seorang pengarah filem yang sangat popular ketika itu merupakan pensyarah yang akan mengajarku sekiranya aku berjaya melepasi tahap temuduga tersebut. Berdebar-debar juga aku ketika itu. Tetapi dengan semangat aku menguatkan jiwaku untuk menghadapi temuduga tersebut. Alhamdulillah, akhirnya aku menerima sepucuk surat sekali lagi dan mengatakan yang aku akhirnya berjaya terpilih untuk menyambung pengajian diploma di bawah kos seni persembahan, seni layar.
Disitu aku mula mengenali kehidupan dunia perfileman. Dari yang asas sehingga yang lebih mendalam. Pelbagai perkara yang telah aku tempuhi. Sehingga satu tahap semasa aku menjalani latihan amali di sebuah syarikat produksi aku menjadi pembantu pengurus produksi untuk sebuah rancangan televisyen. Tetapi hanya sekejap aku mempelajarinya. Walaupun begitu, begitu ramai yang orang yang sudah lama dalam industri ini aku kenal. Semasa di semester akhir, aku banyak di panggil untuk mengikuti penggambaran, sebagai krew mahupun sebagai pelakon extra dan pelakon pembantu. Disitu aku mula mengorak langkah, dan akhirnya aku di panggil oleh sebuah produksi yang agak terkenal iaitu Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd, sebagai continuity sebuah drama episod iaitu Otai The Series. Di situ bakat aku telah di hidu oleh Pengarah dan juga pensyarah aku iaitu Prof Madya A. Razak Mohaideen untuk mengangkat aku sebagai penolong pengarah 2 untuk filemya 4 Madu. Dan akhirnya aku mula menjadi Penolong Pengarah 1 dalam filem arahan beliau iaitu Ratu The Movie, Raya Tak Jadi, Bujang Telajak dan sebuah telemovie berbahasa Cina, “Murmuration of Starlings” sebagai penolong pengarah dan juga Pengurus Produksi.
Dan kini aku telah mencapai satu tahap lagi, iaitu menjadi penolong pengarah kepada seorang Pengarah sensasi iaitu Mamat Khalid untuk filemnya. Aku berasa penuh teruja sekiranya aku berjaya bekerja di bawah abang Mamat. Sesiapa sahaja mahukan bekerja dibawah beliau. Dan kini aku akan memulakan perjalanan aku sekali lagi dan akan terus ingin mencapai hajatku untuk mengarah filem suatu hari nanti InsyaAllah. Perjalanan itu akan bermula sekiranya Mimpi Revalina dan Qaseh Rona berjaya di jalankan InsyaAllah.
Aku menulis naskhah ini ketika aku keseorangan di Restoran Ali Maju, di Sri Rampai. Dengan hiruk pikuk pelanggannya, mendatangkan idea buat ku untuk menulis sesuatu tentang diriku. InsyaAllah impian aku tercapai. Amin.

Monday, February 1, 2010

Fenomena Adnan Sempit....

Memang patutla...filem ini berjaya meraih kutipan yang mengejutkan. Tak sangka....hasil parody yang ingin menunjukkan si 'mat rempit' berjaya menarik penonton untuk melihatnya. makain naik la nama pengarahnya, dan makin lama dia disimpan oleh si pencari duit tegar yang menggunakan filem sebagai bisnesnya. tergelak aku sendiri mendengar rakan -rakan aku meniru - niru gaya si adnan dalam filem tersebut. Wah....pelik...yang besar dan berfikiran matang juga terikut -ikut gaya lakonan tersebut....sampai yang hebat berfalsafah juga terkena aura adnan sempit untuk pergi melihat filem ini. (sory kalau ada yang terasa). Melihat dengan feed back dari filem ni, mudah untuk menarik penonton melihat filem kita ialah dengan menggunakan komedi. Eh pelik plak, dulu masa Jangan Pandang Belakang keluar, masing - masing sibuk nak tgk filem horror. Ha...mungkin dengan kemunculan Adnan Sempit ni pulak mungkin akan ada pula ikutan filem komedi plak. hehehe....kelakar - kelakar..... tapi filem komedi ada org 'tu' buat ramai yang tak suka, pelik - pelik. Sampai ada yang kata kemunculan org 'tu' adalah satu yang rugi dalam industri Filem Malaysia. hehehe...
first cite ni kuar...aku ngk ramai dah kata filem ni best....hmmm....so kita perlu support filem kita...jgn terikut dengan filem - filem luar. terkejut beruk gak aku dengan kutipan filem ni....tak sangka....mungkin lepas ni gelaran yang pernah dimiliki oleh pengarah filem yang terdahulu filemnya menggegar malaysia boleh berpindah ke org lain.....
Hmmm.....mungkin ade sekuel filem Adnan Sempit....so filem ni naik carta no 1 Malaysia la...tertanya juga si pencari duit tegar tu tak nak bawak filem ni keluar negara ke....tak kan nak terkongkong je kat Malaysia...asyik filem luar je masuk negara kitakan.......hmmm....so penggiat filem or pembikin filem....pilihlah..rakyat kita nak citer yg macam mane...kejap nak horror...kejap nak komedi...hehehe so fikir -fikirkan....
ADNAN SEMPIT OOOOO ADNAN SEMPIT...........