Tuesday, October 6, 2009

TeK-NiK SunTInGAn FiLEm - BlooD In BLooD Out.....

BLOOD IN BLOOD OUT

DIRECTOR : TAYLOR HACKFORD

EDITOR : SHELDON KAHN

Penyuntingan dalam filem dan video adalah amat penting kerana ia adalah proses terakhir bagi pembikinan sesebuah filem tersebut. Justeru itu, proses penyuntingan ataupun ‘editing’ perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan konsep penceritaan itu sampai. Penyuntingan atau ‘editing’ adalah satu proses mencantumkan shot-shot menjadi satu babak dan babak ke babak untuk menjadi satu cerita. Dengan melihat perjalanan cerita ini, konsep dan style yang digunakan ialah konsep realism, iaitu dengan tidak banyak menggunakan transition sebagai perubahan shot ke shot. Dalam kajian ini, filem yang di pilih untuk melihat corak penyuntingannya ialah filem ‘Blood In Blood Out” sebuah filem dari Mexico. Filem ini dikaji kerana penyuntingan yang dibuat dalam filem ini dapat menunjukkan perbezaan masa diantara zaman ke zaman. Secara amnya ia menggunakan konsep linear dan mengikut narrative filem.

Seperti pada permulaan cerita, teknik visual slow yang digunakan dalam ‘opening sequence’, ia seperti ingin menunjukkan bahawa perjalanan cerita ini kan bergerak secara linear dan akan menunjukkan latar belakang kehidupan orang-orang Mexico. Teknik editing secara fast cut juga digunakan pada permulaan cerita, dengan mengikut rentak lagu. Mengikut konsep ini, pada kajian yang dilakukan, ia mampu membawa penonton untuk merasai impak perjalanan cerita, dengan susunan visual mengikut konsep gambaran gambar ia seperti membawa maksud yang tersendiri.

Dari pergerakan cerita pula, filem ini menggunakan banyak konsep tidak menggunakan transition yang banyak. Pada kajian, ia dibuat bagi membawa penonton merasai situasi apa yang berlaku dalam filem tersebut. Seperti dalam babak di penjara, seperti yang di ketahui, dalam pengambaran shot ke shot tidak di buat serentak. Tetapi teknik ‘cut to’, memastikan ia dilihat seperti pada waktu yang sama, transition tidak di gunakan bagi membawa penonton merasai ia berlaku pada waktu sama. Pada waktu yang sama juga, banyak shot-shot yang digabungkan dengan meletakkan insert-insert gambaran suasana keadaan dalam filem tersebut. Seperti dalam keadaan semasa babak pesta dimana Cruz berjaya mendapat biasiswa, ada shot-shot insert di masukkan bagi menunjukkan keadaan yang meriah pada suasana pesta tersebut.

Dalam filem ini transition hanya digunakan bagi menunjukkan overlapping masa sahaja. Transition yang banyak digunakan ialah fade in fade out. Melihat pada perjalanan cerita ini, ia menunjukkan kehidupan anak muda sehingga mereka mencapai peringkat umur yang matang. Justeru itu, transition fade in fade out boleh menunjukkan perubahan waktu itu. Perubahan ynag waktu dan masa yang ditunjukkan ialah perubahan tahun dalam filem ini. Selain itu, bagi menunjukkan perubahan waktu ialah, penyunting meletakkan nama tempat dan tahun bagi menunjukkan perubahan waktu dan tempat.

Selain itu editing filem ini menjadi lebih menarik dengan memasukkan audio-audio berlatang belakang muzik Mexico. Dengan itu perjalanan filem ini dapat dirasai oleh penonton dan membawa penonton merasai kehidupan orang-orang Mexico. Muzik yang di masukkan memberi kesan kepada mood dalam filem ini. Tetapi setiap muzik tetap berlandaskan muzik ala Mexico. Dari sudut itu, muzik yang disunting dalam filem ini, berjaya dibuat oleh penyunting filem ini. Dengan teknik foley yang dimasukkan dengan tepat mengikut situasi filem dan ia memberi kesan kepada penonton bagi merasai kejadian yang berlaku dalam filem tersebut. Audio banyak membantu bagi membawa penonton untuk merasai suasana filem tersebut. Justeru itu, pemilihan lagu yang diletakkan dalam filem ini perlu di pastikan oleh editor bagi ia mampu memberi kesan yang mendalam dalam penceritaan cerita ini.

No comments:

Post a Comment