Tuesday, October 6, 2009

O-'PeNinG' SeqUEncE???

“Opening sequence (pembuka bicara)” ataupun montaj dalam sesebuah filem adalah untuk membawa penonton untuk merasai atau menjiwai filem tesebut. Opening Sequence juga adalah salah satu faktor ataupun elemen yang membolehkan penonton merasakan kemuncak filem tersebut. Ada sesetengah opening sequence dan montaj seseorang pengarah ada menggunakan babak dan ada sesetengah pengarah hanya menggunakan grafik ataupun menggunakan simbolik seperti menggunakan benda dan juga haiwan.. Ada yang menggunakan kedua-duanya. Selalunya montaj dapat memberi maksudnya yang tersendiri. Jika filem tersebut banyak menggunakan unsur bahaya ataupun kecemasan, montaj pertama boleh diletakkan api. Api menunjukkan bahaya dan menggunakan simbolik kenderaan menjadi sebuah kehidupan. Jika di gabungkan kedua-duanya ia akan menjadi maksud ketiga iaitu sebuah kehidupan yang bahaya. Oleh di sebabkan itu, montaj ini kebanyakkannya boleh membawa kepada berlainan maksud.

Melihat dari perkembangan filem, montaj ataupun opening sequence berubah-ubah mengikut peredaran. Pada peringkat terdahaulu, penggunaan montaj hanya dengan menggunakan satu skrin yang hitam dengan menonjolkan tulisan ataupun tajuk filem tersebut. Ada juga sesetengah pengarah yang menggunakan gambar dan tulisan sebagai “opening sequence” nya. Peringkat seterusnya pula opening sequence ini dibuat dengan menggunakan gambar bergerak dengan tajuknya menjadi kemuncak kepada opening sequence tersebut dan yang terakhir sekali, dengan menggunakn montaj iaitu animasi ataupun motion yang bergerak.

Sebagai contoh filem, Lost Highway (1996), pengarah David Lynch menggunakan opening sequence ataupun montaj dalam bentuk babak, dengan menunjukkan pemikiran seorang watak protagonist, yang di lakonkan oleh Bill Pullman, dengan cuba menunjukkan bahawa isterinya curang kepadanya.(Russell Evans, Practical DV Filmmaking, 2002) .

Beberapa plot juga di masukkan dalam babak tersebut dan muzik yang yang di gabungkan memberi impak kepada montaj tersebut. Justeru itu, montaj yang linear, membolehkan pengarah menunjukkan apa yang berlaku ataupun cerita dalam filem tersebut secara serentak dengan menggabungkan elemen dalam filem tersebut dan ia akan menjadi maksud yang tertentu.

No comments:

Post a Comment