Wednesday, March 21, 2012

DUNIA FILEM DAN PRODUKSI MALAYSIA

Bila mengenangkan nasib filem malaysia tidak kisahlah filem melayu, cina ataupun india masih lagi jauh ketinggalan di belakang. Lihat sahaja filem melayu kita yang memegang 100% industri filem di Malaysia pun masih jauh kebelakang. memang kita boleh membanggakan filem Merong Mahawangsa tetapi tetap masih tidak menandingi filem luar negara yang lebih maju.

Bagaimana hendak melihat sebuah filem yang bagus. sebagai penggiat filem pun aku masih rase yang masih terlalu sukar untuk aku melihat apa yang sebenarnye hendak dilihat oleh penonton di malaysia. Filem bagus seperti "BUNOHAN' yang dikatakan hebat dari segi penceritaan, komposisi kamera, penuh dengan gaya estetik, penggunaan warna yang bagus. Tetapi gampang tetap di tolak oleh penonton Malaysia. jadi aku menjadi takut untuk membuat sebuah filem yang bagus dari segi bahasa filemnya. Mungkin Filem BUNOHAN hanya layak di tayangkan di luar negara, bukan di malaysia. dan layak ditonton oleh penggiat filem yang benar2 tahu apa itu bahasa filem. bukan penggiat filem yang hanya tau dunia filem ini tempat untuk bersuka ria sahaja.

Dunia Produksi yang aku tak paham ape sebenarnye yang betul - betul layak ade dalam dunia produksi.
Baru sahaja tadi aku berborak dengan seorang yang mahu berjinak ke dalam dunia perfileman tak kisahlah produksi ni. perempuan. biasela kalau perempuan ade dekat set dilayan macam minyak yang penuh. aku mengakui aku sendiri akan terpandang perempuan-perempuan extra nie. tapi tak delah sampai kalau kau tak dilayan kau nak kate dorg sombong. Maksudnya kalau kena masuk produksi, yang perempuan nie kena layan semua lelaki. Lagi satu dah la tak dilayan, pas tu kau canang kat sume org yang perempuan tu sombong.

Sedarlah wahai penggiat produksi. kerja kamu tu halal. jangan dirosakkan dengan perangai Gampang kamu.

HAHAHA