Friday, January 22, 2010

Keraguan dan kepelikan....

FILEM DAN TEATER : Aku melihat sesuatu itu adalah sebagai salah satu dari apa yang patut aku pelajari...
Tetapi...apakah yang aku lihat itu boleh di pelajari ataupun tak boleh...
Melihat segala kritikan, melihat segala cemuhan, ataupun melihat kata - kata yang ada...adakah boleh aku pelajari....
Melalui sistem kita belajar dari kecil....melihat gaya orang dan kita pelajari....
aku pelik seandainya ada yang merasakan kritikannya bagus...wal hal sesuatu yang dihasilkan olehnya juga bukan nya bagus sangat....mana satu yang harus aku ikuti.... kritikanya kah? Atau hasilnya kah??
Hehehe, tergelak aku sendiri, merenung segala apa yang terjadi disekitar dunia - dunia lens aku ni....melihat orang ini berbuat begitu...dan padanya hasil itu mungkin bagus...kerana itu berkat usahanya...tetapi hasilnya di kutuk juga...tapi bagus juga, bolehlah hasilkan si PENGKRITIK tegar....
terbaca ku di satu blog...melihat kritikannya aduh...sungguh asyik ayatnya...hehehe...tak sangka...tapi bila sampai satu tahap...dia memuji - muji...pelik, adakah itu hasilnya...?? Hmm...mungkin..sesuatu karya diagung - agungkan adalah terbaik?? Hmmm..mungkin....tapi tak sampai tahap tertinggi juga... hehehe ketawa aku sendiri lagi....
Jika ada sesuatu yang baru...maka akan wujud lagi sesuatu yang baru....tetapi jika wujudnya FILEM DAN TEATER baru...maka tetap adalah si pengkritik lama dan mungkin yang baru....

Friday, January 15, 2010

Perjalanan 2010

Tahun 2010, telah 15 hari tahun 2010 melabuhkan hari - harinya. Adakah ini tahun yang bagus untuk filem - filem malaysia?? Adakah tahun ini akan lahirnya beberapa lagi filem yang bagus seperti filem - filem yang dilahirkan oelh Mamat Khalid dan juga Allahyarham Yasmin Ahmad?? Bagaimanakah filem malaysia mampu untuk meletakkan dirinya di negara sendiri??
Melihat kepada tahun lepas... filem Avatar merupakan filem yang berjaya menambat semua peminat filem di serata dunia....filem avatar yang menjadi bualan semua orang...sehingga ada yang menontonnya sebanyak 2 kali dan mungkin lebih...kutipan yang dicecah oleh filem itu kini hampir 500 juta....sedikit sahaja lagi untuk mengalahkan filem Titanic yang mengutip hampir 515 juta...sekiranya muncul lagi filem seperti itu di Malaysia bagaimana hala tuju filem Malaysia....

Fikir - fikirkan....