Tuesday, October 6, 2009

BLEST....

FADE IN

1.INT. RUMAH – SIANG

MAK TEH, 66, berbaju kurung merah, sedang duduk diserambi rumah. Melihat sekeliling rumahnya yang tenang dan damai. Sesekali Mak Teh tersenyum. Melihat gambar yang di pegangnya.

MAK TEH (V/O)

Cinta...membawa kebahagiaan. Cinta itu indah. Ada kalanya cinta menjadi beban dan membawa kepada kehancuran.

2. INT. KELAS - SIANG

AQILA, 10, berambut panjang, agak tembam tetapi comel dan dikacau oleh beberapa budak kelas. Kelas bertambah kecoh dan bising. Dia tidak ambil peduli.Tiba-tiba suasana bising bertukar menjadi sunyi sepi.

ADAM, 11, berambut kerinting. Satu kelas ketawa pada Adam tetapi tidak Aqila. Adam selalu di ketawakan rakan-rakannya kerana dia berpakaian seperti seorang yang skema.

MAK TEH (V/O)

Hari yang dilalui terasa kosong tanpa cinta… Cinta itu umpama bintang, dimana terdapat berjuta-juta cinta diluar sana… Tetapi hanya satu cinta yang akan membuat mimpi menjadi kenyataan.

Aqila memandang Adam sampai adam duduk.

3.EXT. KAWASAN SEKOLAH – SIANG

Aqila sedang memandang Adam. Adam nampak malu dan lari kebelakang sekolah. Adam bersandar di dinding. Aqila mencari Adam disekitar kawasan sekolah. Aqila menyapa Adam dan mereka berborak. Mereka mesra.

MAK TEH (V/O)

Cinta adalah imbasan syurga. Si pecinta akan memikirkan perkara-perkara yang indah belaka sehingga dia alpa pada keindahan dunia nyata

4.INT. KELAS – SIANG

Adam termenung di dalam kelas. Kerusi Aqila kosong. Aqila tidak hadir ke sekolah.

MAK TEH (V/O)

Cinta itu racun yang sungguh berbisa kerana kita tidak nampak kesan diluarannya dan sangatlah pedih didalamnya… Cinta itu juga merupakan penawar bagi racun tersebut… Walaupun pedih ianya senang diubati dengan kehadirannya…

CIKGU ANI, mengajar di depan dengan bersungguh-sungguh. Adam masih mengelamun. Cikgu Ani menghentak meja Adam. Adam tersentak. Pelajar-pelajar ketawa. Adam termalu. Pemandangan dari tingkap, Adam masih termenung.

5.EXT. KAWASAN SEKOLAH – SIANG

Kerusi Aqila masih kosong. Close Up Adam termenung dan murung. Aqila masuk ke kelas. Adam meluru ke Aqila dan memeluk Aqila. Mereka tersipu malu, dan tergelak satu sama lain

MAK TEH (V/O)

Cinta itu seperti hati yang memerlukan degupan jantung. Hati tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kehadiran si jantung di sisinya.

6.EXT. JALAN RAYA – SIANG

ZIZAN, 22, menyandarkan diri didalam kereta berpakaian pejabat. Dia mengeluh dan memegang kepalanya. Diluar sana, tiba-tiba riuh dengan gelak tawa beberapa orang remaja lelaki dan perempuan. Mata Zizan tertumpu kepada Latifah, 19, tinggi, berambut pendek, cantik yang bergaya ala lelaki itu.

MAK TEH (V/O)

Terdapat kejutan pada setiap hari-hari yang berlalu.

7.EXT. GELANGGANG BOLA KERANJANG - SIANG

Zizan datang ke gelanggang bola keranjang lagi. LATIFAH, 19, nama panggilan Lat, tomboy tetapi cantik, berkulit saur matang, pandai bermain bola keranjang. Lat kurang menyenangi Zizan, kerana asyik melihatnya. Lat mula tertarik pada kehandalan Zizan bermain bola keranjang. Mereka mula bersahabat.

MONTAGE :

A. Zizan muncul di gelanggang bola keranjang.

B. Sekumpulan remaja sedang bermain bola keranjang.

C. Mata Zizan tertumpu kepada Latifah.

D. Zizan pergi ke arah mereka.

E. Zizan menunjukkan kehebatannya bermain bola keranjang.

F. Latifah tertarik dengan kehebatan Zizan. Mereka bersahabat.

G. Lagak kasar Latifah lama-lama bertukar menjadi seorang gadis yang sopan.

MAK TEH (V/O)

Cinta boleh membuatkan impian menjadi kenyataan. Cinta juga boleh membuatkan manusia itu berubah samada buruk menjadi baik. Baik menjadi lebih baik dan sebaliknya.

H. Latifah bersama Zizan.

I. Latifah dengan sopan berbaju kurung, berjalan bersam-sama Zizan.

8.EXT. RESTORAN – SIANG

Lat dan Zizan berada di dalam restoran. Makanan dihidangkan diatas meja. Zizan memegang tangan Lat. Lat terkejut dan menarik balik tangannya. Lat bangun dan meninggalkan Zizan. Zizan terpaku.

(flashback)

MONTAGE :

A. Latifah berjalan dengan seorang lelaki.

B. Latifah nampak lelaki itu dengan perempuan lain.

C. Latifah bergaduh dengan lelaki itu.

D. Latifah memotong rambutnya.

back to present day

Zizan terpaku.

MAK TEH (V/O)

Cinta adalah sesuatu yang gila. Manusia tidak dapat memikirkan sesuatu dengan waras.

8.EXT. MAJLIS PERKAHWINAN – PETANG

AZAM, 29, kacak, seperti mencari seseorang di tengah-tengah majlis perkahwinan. Matanya tertumpu pada seorang gadis tinggi lampai yang meliuk lentok tubuhnya, MELISA, 25, cantik. Azam mendekati gadis itu. Mereka berdua kelihatan mesra sekali.

MAK TEH (V/O)

Cinta itu semakin dicari semakin tidak ditemukan. Cinta adanya didalam lubuk hati. Ketika kita dapat menahan keinginan berlebihan akan cinta, maka yang didapatnya adalah kehampaan. Kita tidak boleh meletakkan hanya pada cinta, tetapi kita masih boleh menggunakannya sebagai perhiasan diri.

9.INT. HOTEL - SIANG

Adam dan Melisa keluar hotel. Mereka berpegangan tangan.

MAK TEH (V/O)

Tidak ada satu pun yang boleh didapati dengan sekelip mata, dan apa yang kita dapati tidak mungkin dapat dikembalikan. Waktu dan masa tidak dapat diputar belitkan. Terima cinta seadanya. Perkahwinan adalah kelanjutan cinta. Perkahwinan merupakan proses mendapatkan kesempatan, semasa kau mencari yang terbaik diantara pilihan yang ada. Ketika kesempatan yang ingin kau dapatkan, maka sia-sialah waktumu untuk mendapatkan perkahwinan itu. Kerana kesempurnaan itu hampa adanya. Jangan mencari cinta walhal itu adalah hawa nafsu.

MONTAGE :

A. Azam mesra bersama Melisa

B. Medium shot Adam dan Melisa sedang senyum.

C. Tangan Melisa mengusap perutnya yang sedang mengandung.

10.INT. RUMAH – MALAM

MAK TEH, 66, berbaju kurung merah, selepas bersembahyang. Mak Teh sedang melipat kain sembahyangnya. Mak Teh tersenyum melihat kain pelikat arwah suaminya. Mak Teh mengambil gambar dan pergi ke serambi.

MAK TEH (V/O)

Cinta itu seperti hantu. Dimana semua orang tahu tentangnya serta tahu kewujudannya. Tetapi hanya segelintir sahaja yang dapat merasai dan mengertinya, apa itu cinta.Kasih sayang tidak pernah kekal. Cinta itu tidak pernah abadi. Hanya selaut kerinduan yang sering menyapa, membisikkan irama syahdu.

Mak Teh dengan wajah tenang, duduk di serambi sambil memgang gambar dan melihat ke langit dia terus memandang ke kamera dan berkata

MAK TEH

Cinta merupakan suatu perasaan yang bahagia jika kita betul-betul mengetahuinya. Cinta sesama manusia tidak pernah kekal. Cinta yang agung serta utuh adalah cinta hanya untuk-Nya.

Kamera terus memfokuskan bingkai gambar. Dia bahagia duduk bersebelahan dengan suami, Adam, Latifah dan Azam.

FADE OUT

TAMAT

No comments:

Post a Comment