Friday, January 15, 2010

Perjalanan 2010

Tahun 2010, telah 15 hari tahun 2010 melabuhkan hari - harinya. Adakah ini tahun yang bagus untuk filem - filem malaysia?? Adakah tahun ini akan lahirnya beberapa lagi filem yang bagus seperti filem - filem yang dilahirkan oelh Mamat Khalid dan juga Allahyarham Yasmin Ahmad?? Bagaimanakah filem malaysia mampu untuk meletakkan dirinya di negara sendiri??
Melihat kepada tahun lepas... filem Avatar merupakan filem yang berjaya menambat semua peminat filem di serata dunia....filem avatar yang menjadi bualan semua orang...sehingga ada yang menontonnya sebanyak 2 kali dan mungkin lebih...kutipan yang dicecah oleh filem itu kini hampir 500 juta....sedikit sahaja lagi untuk mengalahkan filem Titanic yang mengutip hampir 515 juta...sekiranya muncul lagi filem seperti itu di Malaysia bagaimana hala tuju filem Malaysia....

Fikir - fikirkan....

1 comment: