Tuesday, October 18, 2011

AKU SAIFULLAH KHAISAS

AKU SAIFULLAH KHAISAS

Merentasi naluri aku sebagai seorang penggiat seni filem menjadikan aku terus berusaha untuk mencapai apa yang menjadi impian aku selama ini. Permulaan pertama aku menceburkan diri dalam dunia ini adalah sekitar 2002. Dimana aku telah terlibat didalam satu babak majlis perkahwinan dalam filem Mr Cinderella arahan Ahmad Idham sebagai extra. Di situ aku telah melihat dan membuka mata aku pelbagai perkara perlu di ambil kira dalam membuat sesuatu penggambaran. Secara amnya kerja itu senang jika ia dirancang dengan betul. Tetapi sekiranya ia tidak dirancang nescaya perkara itu akan menjadi sukar. Melihat kejayaan mereka menjalankan penggambaran tersebut membuat aku yakin yang industri perfileman negara kita mampu membawa kepada perubahan dalam hidup aku.
Aku memulakan pncarian bagaimana hendak memasuki dunia itu. Pelbagai liku yang aku tempuhi. Pelbagai jalan telah aku mulakan. Sehingga pada tahun 2003 aku cuba menceburi dalam dunia seni persembahan. Bermula sebagai penari jalanan yang di panggil ‘B-Boy’ walaupun hanya singkat aku aku terus dilamar untuk menyertai kumpulan seni budaya di Taman Budaya pada tahun 2005. Sebagai penari dan seorang pelakon teater. Disitu aku banyak mempelajari dunia seni persembahan ini.
Akhirnya, saat yang aku tunggu-tunggu telah tiba, dimana ketika membuka sepucuk surat mengatakan aku telah di terima untuk di temuduga dalam menyambung pelajaran ku di bawah kos seni persembahan, seni layar. Saat yang di natikan telah tiba di mana aku berjaya mengorak langkah seterusnya dalam mencari peluang untuk menyertai dunia seni filem. Semasa sesi temuduga, aku melihat seorang pengarah filem yang sangat popular ketika itu merupakan pensyarah yang akan mengajarku sekiranya aku berjaya melepasi tahap temuduga tersebut. Berdebar-debar juga aku ketika itu. Tetapi dengan semangat aku menguatkan jiwaku untuk menghadapi temuduga tersebut. Alhamdulillah, akhirnya aku menerima sepucuk surat sekali lagi dan mengatakan yang aku akhirnya berjaya terpilih untuk menyambung pengajian diploma di bawah kos seni persembahan, seni layar.
Disitu aku mula mengenali kehidupan dunia perfileman. Dari yang asas sehingga yang lebih mendalam. Pelbagai perkara yang telah aku tempuhi. Sehingga satu tahap semasa aku menjalani latihan amali di sebuah syarikat produksi aku menjadi pembantu pengurus produksi untuk sebuah rancangan televisyen. Tetapi hanya sekejap aku mempelajarinya. Walaupun begitu, begitu ramai yang orang yang sudah lama dalam industri ini aku kenal. Semasa di semester akhir, aku banyak di panggil untuk mengikuti penggambaran, sebagai krew mahupun sebagai pelakon extra dan pelakon pembantu. Disitu aku mula mengorak langkah, dan akhirnya aku di panggil oleh sebuah produksi yang agak terkenal iaitu Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd, sebagai continuity sebuah drama episod iaitu Otai The Series. Di situ bakat aku telah di hidu oleh Pengarah dan juga pensyarah aku iaitu Prof Madya A. Razak Mohaideen untuk mengangkat aku sebagai penolong pengarah 2 untuk filemya 4 Madu. Dan akhirnya aku mula menjadi Penolong Pengarah 1 dalam filem arahan beliau iaitu Ratu The Movie, Raya Tak Jadi, Bujang Telajak dan sebuah telemovie berbahasa Cina, “Murmuration of Starlings” sebagai penolong pengarah dan juga Pengurus Produksi.
Dan kini aku telah mencapai satu tahap lagi, iaitu menjadi penolong pengarah kepada seorang Pengarah sensasi iaitu Mamat Khalid untuk filemnya. Aku berasa penuh teruja sekiranya aku berjaya bekerja di bawah abang Mamat. Sesiapa sahaja mahukan bekerja dibawah beliau. Dan kini aku akan memulakan perjalanan aku sekali lagi dan akan terus ingin mencapai hajatku untuk mengarah filem suatu hari nanti InsyaAllah. Perjalanan itu akan bermula sekiranya Mimpi Revalina dan Qaseh Rona berjaya di jalankan InsyaAllah.
Aku menulis naskhah ini ketika aku keseorangan di Restoran Ali Maju, di Sri Rampai. Dengan hiruk pikuk pelanggannya, mendatangkan idea buat ku untuk menulis sesuatu tentang diriku. InsyaAllah impian aku tercapai. Amin.

No comments:

Post a Comment