Saturday, June 18, 2011

MENCARI SEBUAH “MASTER PIECE”

Aku sekarang berada jauh dari rumah aku. Aku sedang memulakan sesuatu yang mungkin akan membuatkan aku dapat mencari sebuah yang orang akan kata itu “MASTERPIECE” aku. Mungkin saat itu akan muncul. Entah siapa akan tahu. Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat dalam semester 4 tu, buat aku jadi lagi lebih bersemangat untuk mencapai sesuatu tahap yang ingin aku capai. Mungkin saat itu akan muncul. Tahu ke apa yang ingin aku capai?? Aku ingin menjadi salah seorang pengarah filem yang berkaliber dalam menghasilkan filemnya.

Aku tahu ramai yang mahu menjadi seorang pengarah, dan tidak mudah menjadi seorang pengarah. Menjadi seorang pengarah, kita perlukan motivasi yang tinggi untuk mencapai tahap sekarang di miliki seperti pengarah terkenal dan juga box office. Seperti Mamat Khalid, Ahmad Idham, Prof Madya A razak Mohaideen, Afdlin Shauki dan banyak lagi nama-nama pengarah yang meningkat naik sekarang ini.
Sehingga pada satu tahap, aku menjadi takut sekiranya ada orang yang akan menyamakan aku seperti salah seorang pengarah – pengarah tersohor ini. Aku mahu mencari identiti filem aku tersendiri. Tapi untuk mencapai itu adalah amat sukar dengan saingan yang ada dalam industri ini. Walaupun dapat di ketahui bahawa industri ini bukan salah satu industri yang di sokong oleh seruan kerajaan, walaupun kerja kami merupakan salah satu kerja profesional dan walaupun industri ini mempunyai dananya tersendiri adalah amat sukar untuk mencapai tahap itu.

Jika ada pula penerbit-penerbit filem ini hanya mahu mengaut keuntungan dan menumpang populariti pangarah itu sahaja. Memang semua yang mahu bekerja dalam industri untuk mencari sumber kewangan dan juga mahu menjadi KAYA, tak di nafikan semua itu. Tapi selagi ada golongan yang masih mahu menjadi seperti golongan yang hanya mangaut keuntungan, susah industri kami ingin berjaya.

Itulah yang merisaukan aku untuk mencapai hajat aku dan mengeluarkan sebuah MASTERPIECE. Saat itu akan nantikan, dan kini mungkin aku sedang menuju ke tahap itu...tapi entahlah..adakah esok?? Adakah minggu depan?? Sebulan lagi?? Setahun...5 tahun ataupun sepuluh tahun lagi...entahlah..hanya aku yang perlu mengejarnya... INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment